Wednesday, April 25, 2012

Lelaki suka pendam perasaan

Saya google....
Tentang cara memahami hati seorang lelaki.....

Salah satu nya ialah : 

Lelaki suka pendam perasaan - Dari pengalaman sy pun sy rasa betul la fakta-fakta yang ada di google. Perempuan lebih mudah meluahkan perasaan terhadap lelaki , meluahkan perasaan dan isi hati nye terhadap lelaki tetapi lelaki sebaliknya. 

Kaum lelaki lebih suka memendam perasaan. Sebab tu la mereka mudah stress. Sbb mereke menyimpan tanpa meluahkan. 

Dalam perhubungan sy rasa perlula ada keserasian. Kene ada tolak ansur antara satu sama lain. 

Di saat sy menulis entry ni, hati sy terlalu sedih . Memang lelaki sukar untuk memahami perasaan soerang wanita walaupun dah berkali-kali di tegur. 

Sy redha & terima Si Dia seadanya.

Ya Allah aku mohon kau beri kan aku kesabaran yang tinggi . tetapkan iman ku, 

Amin Ya Rabbalalamin >_<

Tuesday, April 24, 2012

Dugaan demi dugaan

Menghitung Hari......
Dugaan datang ......
Sungguh berat dugaan yang Allah beri...
Akan sy tempuh dengan penuh kesabaran...
InsyaAllah

"Ya Allah, aku mohon kau lindungi la aku, kau tetapkanla iman aku, kau berila aku petunjuk dan hidayah kepada ku, kau permudahkanla segala urusan aku"

Saya merasa dekat dengan Allah di saat ini >_<

Terima kasih Allah atas semua dugaan yang kau uji kepada sy :)

Thursday, March 29, 2012

Ya Allah,
Aku mohon kau kuatkan iman ku,
Agar aku sentiasa berada dalam lindungan mu.
Amin Ya Rabbalalamin

>_<

Sunday, March 18, 2012

Dapat kah aku & si dia jd pencinta terbaik ?


Lirik Lagu Pencinta Terbaik - Sofaz

Berikan ku peluang terakhir sekali lagi
Untuk membukti kasih sejujurnya di hati
Maafkan seandainya cintaku tidak sempurna

Kaulah insan pertama berpacaran denganku
Dan bersama ku mahu masa depan yang kukuh
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik

Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin
Ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik

Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik

Wednesday, March 7, 2012

Mungkin ini dugaan buat ku & si Dia. . ..

Sejak haritu ......
Kami asyik gaduh......
Setiap kali jumpa akan gaduh.....
Mungkin ini dugaan buat ku & si Dia.
Aku redha walaupun ianya SAKIT.

Sejak haritu.......
Kami dah macam jauh sangat.....
Setiap kali jumpa tak byk ckp,senyap membisu....
Mungkin ini dugaan buat ku & si Dia.
Aku redha walaupun ianya SAKIT .

Sejak haritu.....
Kami bukan mcm dulu lagi.......
Setiap kali jumpa tiada tawa riang seperti dulu-dulu....
Mungkin ini dugaan buat ku & si Dia.
Aku redha walaupun ianya SAKIT.

Terima kasih Ya Allah atas dugaan yang kau berikan pada ku & Si Dia.
Aku mohon padamu, kau kuatkan la hatiku & hati Si Dia.
Hanya padamu aku memohon Ya Allah.
Amin ya rabbalalamin
>_<

Thursday, February 23, 2012

Kenapa & Apakah ?

Kenapa masa mula bercinta rasa seronok sangat?
Apakah itu cinta?

Kenapa bila tak jumpa akan rasa rindu?
Apakah itu rindu?

Kenapa kita seronok bila dapat berjumpa dengan orang yang kita rindu?
Apakah itu sayang?

Kenapa bila satu hubungan itu dah terlalu selesa kita akan mula rasa sesuatu?
Apakah rasa itu?

Kenapa bila dah berjumpa asyik bermasam muka?
Apakah makna nya?

Kenapa begini?
Apakah ada rasa sayang?

Ya , sy sayang kan Si Dia sepenuh hati. 
Allah sedang menguji ku.
Ya Allah, tetapkan lah hatiku dengan Si Dia.
Moga Si Dia lah jodoh ku. 
>_<

Wednesday, February 22, 2012

Serasi bersama ~

Betul ke orang kata, kalau dah bertunang byk dugaan?
Dugaan yg macam mana tu ye?
Tak tunang pun rasanya banyak sangat dugaan.
Harap sy dapat tempuh semua ni dengan tabah.
Harap Si Dia lah jodoh sy.
Moga hati ku tidak berubah

Beri lah aku kekuatan ya Allah
Untuk menempuh segala liku-liku hidup
Amin.

TQ Allah.